Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Perak (2005)
    · 7: Kapten
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 51 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Eksklusif 1: Wawancara bersama fisioterapi Skuad Bolasepak Perak
    2004-02-09 - oleh: Jai



    Seorang fisioterapist juga turut menyumbang peranan yang besar didalam pembentukan sesebuah pasukan bolasepak. Seorang fisioterapist bertindak untuk menilai, merawat, memulih, melatih dan mengatur program uuntuk pemain agar pemain berjaya untuk pulih dalam sesuatu masa yang ditetapkan.



    Oleh kerana seorang fisioterapist sering bertugas secara di belakang tabir, maka tidak ramai yang mengetahui sumbangan fisioterapist didalam sebuah pasukan. Untuk itu, didalam ruangan eksklusif siri pertama ini, Yob4ever memberikan penghargaan ini kepada Mohd Zainuddin Zakariar atau lebih dikenali sebagai “Abang Din” untuk meluah dan menceritakan pengalaman beliau buat tatapan kita semua.


    Ikutilah temuramah wakil Yob4ever, Sdr Topeng, bersama dengan beliau baru baru ini.



    A.Biodata:


    Nama Penuh : Mohd Zainuddin Zakariar

    Tempat lahir/ tarikh: Kampar, Perak. 6 hb. Ogos 1961.

    Kedudukan dalam keluarga: Anak Sulung dari 10 adik beradik.

    Nama isteri & tahun kahwin: Noorlailie Yeop Mohd Yunus - tahun 1989 Okt. 28.

    Anak-anak: Ellyza Syazzana (14 thn), Ellyza Syuhaida (12 thn), Mohammad Izzat 'Akmal (11 thn)

    Pendididikan:
    SRJK (Ing) De La Salle, Kampar. (1968-1972)
    SM Methodist ACS, Kampar. (1973-1978)
    SM Buyong Adil, Tapah. (1979-1980)
    Kolej Fisioterapi Hospital K.L. (1984-1986)

    Kelab bolasepak luar negara yang disokong: Arsenal/ Perancis.

    Pemain yang paling diminati: Zinadine (Zainuddin) Zidane.

    Hobi: Menonton rencana dan fotografi.

    Sukan lain: Badminton dan F1.

    Masakan Kegemaran: Masakan Kampung

    Minuman kegemaran: Black Coffee.

    Artis atau tokoh dikagumi: Jacques Costeau (seorang pengkaji laut)/ Muammar Gadaffi.



    B. Kerjaya:


    Abang Din berbaju kuning sedang menjalankan tugas.


    Yob4ever : Boleh Abang Din ceritakan serba ringkas skop kerja Abang Din sebagai seorang fisio?

    Abang Din: Saya Mula bekerja di Hospital Besar Ipoh 1987 di jabatan Fisioterpi. Skop kerja di hospital merangkumi beberapa disiplin iaitu Elektroterapi, Senaman dan Hydroterapi dan Wad yang merangkumi Wad-wad Kanak-kanak, Wad Pembedahan, Wad Ortopedik, Wad Perubatan dan juga ICU, CICU dan NICU. Kerja-kerja yang dilakukan termasuk menilai, merawat, memulih, melatih serta memprogam latihan serta senaman yang perlu dilakukan oleh pesakit.

    Yob4ever : Bila mula berkhidmat dengan PAFA sebagai fisio? Ceritakan juga pasukan atau kerjaya lain sebelum ini, jika ada?

    Abang Din : Saya Mula bertugas bersama PAFA pada tahun 1990 secara sukarela (part time). Kemudian saya berhenti dari Kementerian Kesihatan setelah mendapat tawaran dari Pasukan Selangor D.E pada tahun 1994 dan menjadi Fisioterapi Sukan sepenuh masa. Saya kembali bersama Perak D.R pada tahun 2002 setelah ditawarkan untuk kembali ke Perak oleh Y.A.B Dato' Jamal Nasir Rasdi sehingga kini. Saya juga pernah bersama pasukan Kebangsaan di kejohanan SEA Games Cheingmai, Thailand pada tahun 1994.


    Saat-saat begini, Abang Din akan menjalankan tanggungjawabnya.


    Yob4ever : Apa pendapat Abang Din dengan majikan sekarang ?

    Abang Din : Setakat ini tiada masalah semuanya baik-baik saja.

    Yob4ever : Boleh Abang Din ceritakan pengalaman paling manis dan paling pahit sepanjang berkhidmat dengan PAFA?

    Abang Din : Paling Manis apabila ditawarkan kembali untuk bertugas dengan Perak sepenuh masa. Paling pahit apabila cadangan untuk meminjamkan saya ke MSN Perak bagi memudahkan saya memberi khidmat pada pasukan Perak pada tahun 1993 tidak diambil berat menyebabkan saya menerima pelawaan Dato' Aini Taib (Pengurus Pasukan Selangor).

    C . Harapan dan penghargaan


    Abang Din bersama-sama meraikan kejayaan Perak.


    Yob4ever : Siapa sumber inspirasi dan pendorong Abang Din di dalam kareer?

    Abang Din : Diri sendiri.

    Yob4ever : Setelah agak lama bersama dengan pasukan Perak, apakah harapan Abang Din untuk skuad Perak sekarang -pemain, pengurusan dan peminat?

    Abang Din: Untuk pemain-pemain , jadilah pemain yang berilmu dan lebih profesional dalam semua segi.
    Untuk pengurusan pula – Masih ada banyak ruang lagi yang boleh diperbaiki agar lebih mantap dan profesional.
    Untuk peminat pula – Jadilah peminat yang berilmu dan bertindak professional. Pasukan kita sekarang berada pada paras yang tertinggi dalam kancah bolasepak negara . Kita perlu meneroka kancah bolasepak antarabangsa mulai tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

    Yob4ever : Apakah perancangan Abang Din selepas bersara?

    Abang Din : Perancangan selepas bersara dari bolasepak negeri Perak adalah untuk membuka pusat rehabilitasi/ kecederaan sukan bagi ahli sukan negeri Perak khususnya.

    Yob4ever : Dan akhir sekali , ada apa –apa nasihat untuk mereka yang berminat dalam bidang fisioterapi ni?

    Abang Din : FISIOTERAPIST adalah profesyen atau kerjaya bukan jawatan. Untuk menjadi fisioterapist sukan yang berjaya perlu ada ilmu dan minat yang mendalam pada satu-satu sukan yang diceburi. Tanpa minat yang mendalam anda cuma akan menjadi fisioterapi pada jawatan sahaja.

    Yob4ever : Terimakasih Abang Din kerana sudi ditemuramah. Selamat berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Abang Din: Sama-sama.




    Disclaimer: Pandangan pemain atau individu yang di temuramah adalah di atas kapasiti mereka sendiri dan TIDAK SEMESTINYA mencerminkan pandangan Persatuan Bolasepak Perak, PAFA.








    Copyright © by Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage All Right Reserved.

    Published on: 2006-02-03 (2048 reads)

    [ Go Back ]
    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.13 Seconds