Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Perak (2005)
    · 7: Kapten
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 53 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Eksklusif 4: Bersama Asmawi Bakiri
    2004-04-25 oleh: Jai Topeng



    Setelah otai pasukan Perak iaitu Chan Kok Heng memutuskan untuk bersara pada awal musim ini, muncul tanda tanya dikalangan peminat, adakah Jibong yang akan mengambil posisi bek kanan yang dikosongkan oleh Chan Senior atau seorang pemain baru akan di perkenalkan. Apa sahaja jalan penyelesaiannya satu perkara yang pasti ialah ianya merupakan satu tugas yang berat buat sesiapa yang mengisi posisi ini memandangkan harapan peminat yang sudah tentu akan membuat perbandingan dengan bekas penghuni tetap posisi ini selama hampir 14 tahun itu.



    Akhirnya segala tanda tanya terjawab sudah apabila Perak telah mengambil seorang pemain import tempatan bagi menggalas tugas tersebut. Pemain import tempatan yang dimaksudkan adalah Asmawi Bakiri yang lebih dikenali sebagai Mawi ataupun Awie dikalangan rakan sepasukan dan peminat. Disingkirkan dari pasukan Sabah , beliau juga merupakan salah seorang pemain yang amat berpengalaman yang memulakan kareer bolasepak bersama pasukan Selangor.



    Kita ikuti temuramah dengan Asmawi oleh wakil yob4ever Saudara Jai Topeng.




    A. Biodata:

    Nama Penuh : Asmawi Bin Bakiri

    Tarikh lahir: 10 September 1974

    Kedudukan dalam keluarga: Anak ke 3 dari 4 adik-beradik

    Pendididikan: Sek Tengku Ampuan Rahimah Klang & Sek Seksyen 2 (Sek Sukan)

    Status: Berkahwin (2001)

    Nama isteri: Efa Narisya Binti Muhammad

    Anak: Nur Arina Dania (2 tahun) & Nur Arisya Danila (8 bulan)

    Hobi: Memancing ikan (Ricardo & Luciano sering memancing bersama Awie)

    Sukan lain: Badminton

    Kelab bolasepak luarnegara yang diminati: Real Madrid

    Pemain tempatan dan luarnegara yang paling diminati dahulu & sekarang: Tempatan - Allahyarham Mokhtar Dahari dan Khairul Azman. Luar negara - John Barnes & Thiery Henry

    Masakan Kegemaran: Nasi Ayam

    Minuman kegemaran: Soya Bean

    Artis yang diminati: Isteri (pelakon)

    Pemimpin yang dikagumi: Tun Sakaran Dandai (keluarga angkat di Sabah)

    B. Kerjaya:

    Topeng: Boleh Awie ceritakan serba ringkas perjalanan satu hari sebagai pemain bolasepak?

    Awie: Biasanya dalam sehari ada 2 sessi training, iaitu pagi dan petang. Jadi pada waktu tengahari saya akan berehat atau tidur.

    Topeng: Ceritakan serba ringkas mengenai pasukan yang diwakili sebelum ini dan apa perbezaan pasukan sebelum ini dengan Perak?

    Awie: Sebelum ni Awie pernah mewakili Selangor, P. Pinang & Sabah. Berbeza dengan Perak yang menggunakan formasi 4-3-3 ketiga-tiga pasukan yang saya wakili sebelum ini mengamalkan formasi 3-5-2.

    Topeng: Pasukan terakhir ialah Sabah, masih boleh bercakap dialek Sabah? dan sejak balik ke Semenanjung ada tak rasa kekok dari segi persekitaran dan percakapan?

    Awie: Saya masih boleh lagi sikit-sikit bercakap dialek Sabah kalau berjumpa dengan orang Sabah. Tentang persekitaran dan percakapan sejak balik ke Semenanjung memang tiada masalah. Environment lebih kurang sama saja.

    Topeng: Ok, soalan ni sensitif sikit. Apa isu sebenarnya yang menyebabkan Awie dan beberapa player Sabah digugurkan dari pasukan, tahun lepas?

    Awie: Sebenarnya ianya berpunca dari jurulatih baru Sabah iaitu Peter Butler. Beliau tidak berpuas hati dengan corak permainan kami. Walaupun Justin Ganai cuba mempertahankan kami, tapi Peter Butler tetap berkeras mahu mengugurkan kami dari pasukan.

    Topeng: Jadi sejak insiden itu bagaimana hubungan Awie dengan SAFA?

    Awie: Hubungan saya dengan bekas pegawai dan rakan sepasukan di Sabah yang lain masih lagi baik.

    Topeng: Boleh ceritakan bagaimana Awie berminat untuk mewakili Perak?

    Awie: Sebenarnya sebelum saya menyertai Perak, ada 2 pasukan lain cuba mendapatkan saya dengan menawarkan pakej yang lebih menarik, tapi saya terpaksa menolak dengan baik kerana kagum dengan cara Datuk Jamal Nasir Rasdi (DJNR) approach saya bagi mewakili Perak. Menurut maklumat, DJNR sudah lama memerhatikan saya dan setelah digugurkan dari pasukan Sabah, beliau sendiri telah datang ke Sabah untuk berunding dengan saya.

    Topeng: Komen mengenai posisi Awie sekarang, adakah Awie berasa tertekan jika peminat membezakan keupayaan Awie dengan Chan Kok Heng?

    Awie: Selaku bek kanan pasukan Perak, pada mulanya ada juga rasa tertekan dengan expectation yang tinggi dari peminat, tapi lama-kelamaan sudah dapat biasakan diri dan saya sentiasa tanamkan dalam minda supaya menjadi diri sendiri. Antara saya dan Chan Kok Heng, masing-masing ada gaya dan kelebihan tersendiri.

    Topeng: Selain bek kanan, posisi mana yang menjadi kegemaran dan mengapa?

    Awie: Sebenarnya saya lebih gemar posisi Defensive Midfielder(DM). Sebelum ni pun saya pernah bermain diposisi DM kerana pasukan-pasukan sebelum ini pakai formasi 3-5-2.

    Topeng: Boleh ceritakan insiden Awie dibuang padang semasa pertemuan dengan Home United(HU)?

    Awie: Pada minit ke 6, HU melakukan sepakan sudut dan Tay berjaya menepis bola tersebut, kemudian penyerang HU melakukan rembatan dan mengenai paha dan badan saya yang ketika itu berada di goal post. Kemuadian reff menunjuk isyarat sepakan sudut kerana A'ah clear bola keluar. Tetapi linesman mengatakan bola telah kena tangan saya. Terus reff berikan kad merah kepada saya dan hadiahkan sepakan penalti kepada HU. Saya cukup kecewa kerana tak dapat main untuk 2 lagi game AFC Cup kumpulan D. Semoga Perak layak ke peringkat seterusnya.

    Topeng: Apakah nasihat/motivasi yang sering diberikan oleh jurulatih?

    Awie: Antara kata-kata yang sering diungkap oleh coach ialah "Main untuk menang jangan fikir pasal kalah" dan "Jangan buat mistake ketika first touch, buat yang terbaik".

    Topeng: Apa trofi yang ingin Awie menangi?

    Awie: Sudah pasti Juara Liga kerana kejuaraan lain telah saya miliki cuma Juara Liga saja yang belum. Kerana gelaran Juara Liga jugalah antara sebab utama saya mewakili Perak.

    Topeng: Pengalaman paling manis dan pahit sepanjang bermain bolasepak?

    Awie:
    Manis -

    • Menjaringkan gol ketika menentang Perlis pada separuh akhir Piala Malaysia 1996 di Shah Alam. Selangor menang 2-0.
    • Friendly menentang Arsenal (mewakili Malaysia.)
    Pahit -
    • Gagal 2 kali semasa final Piala Malaysia bersama pasukan Sabah.


    Topeng: Apa pendapat Awie tentang majikan sekarang iaitu PAFA? Awie: Pengurusan yang cekap, bagus dalam develop player muda, mewujudkan suasana yang more friendly dengan player. Saya cukup gembira berada disini.

    C. Harapan dan penghargaan.

    Topeng : Siapa yang banyak memberi dorongan dan galakan dalam karier bolasepak Awie ?

    Awie: Datuk ,kerana sejak kecil beliau sentiasa support saya sehinggakan kasut bola saya pun beliau tolong basuhkan.

    Topeng : Apakah harapan Awie untuk pasukan Perak?

    Awie: Harapan untuk pasukan Perak: Pemain - Maintain team work supaya dapat menjuarai semua tournament. Pengurusan - Maintain good performance. Peminat - Teruskan memberi sokongan padu. Yob4ever - Teruskan usaha memberi informasi bolasepak.

    Topeng : Apa pula perancangan Awie selepas bersara dari arena bolasepak ini?

    Awie: Akan bermain selagi Perak perlukan khidmat dan merancang untuk melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan.

    Topeng : Apakah nasihat Awie kepada pemain muda, junior atau pelapis?

    Awie: Perbaiki personaliti di padang iaitu tonjolkan gaya garang ketika bermain kerana sebagai seorang pertahanan kita mesti tough. Bagi saya, Alang (Presiden Cup) mempunyai potensi untuk berkembang maju dan berharap pemain muda dapat memberi saingan sihat kepada saya.

    Topeng : Terimakasih Awie kerana sudi di temuramah.

    Awie: Sama- sama.

    Disclaimer : Pandangan pemain atau individu yang di temuramah adalah di atas kapasiti mereka sendiri dan TIDAK SEMESTINYA mencerminkan pandangan Persatuan Bolasepak Perak. (PAFA)









    Copyright © by Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage All Right Reserved.

    Published on: 2006-02-26 (2865 reads)

    [ Go Back ]
    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.21 Seconds