Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Perak (2005)
    · 7: Kapten
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 53 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Eksklusif 8: Menjejak Jagoan Silam Bolasepak Perak Isham Shahruddin
    2004-10-22 oleh: Cekgu Nasyor







    Ketika penyokong bolasepak hangat memperkatakan mengenai isu pemain Perak mencuba menimba pengalaman bersama pasukan negeri lain, slot eksklusif kali ini telah berjaya menjejak seorang wira silam bolasepak Perak yang sedikit sebanyak kerjaya bolasepak beliau menepati skrip yang sama. Isham Shahruddin, memulakan kerjaya bolasepaknya bersama Perak sebelum mewakili Negeri Sembilan dan mengakhiri kerjaya bolasepaknya bersama pasukan negeri asalnya Perak semula.







    Satu perjalanan kerjaya yang bukanlah menjadi satu perkara pelik didalam era bolasepak professional ini dimana skrip yang sama juga turut dikongsi bersama ramai pemain-pemain lain seperti Mohd Syamsul Saad , Ahmad Shahrul Azhar , Mohd Zaidi Napiah, Idris Kadir dan ramai lagi.







    Berbalik pada Isham Shahruddin. Satu perkara mengenai pemain ini yang paling penulis ingat sampai bila-bila adalah insiden “ Yob Kejor Yob” – penulis masih ingat tajuk berita yang memaparkan slogan Perak yang telah diubahsuai ini. Beliau telah dikerumuni oleh peminat-peminat yang marah kerana kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti betul betul dihujung masa penuh perlawanan. Namun keberanian beliau untuk mengambil sepakan penalti itu harus dikagumi kerana pemain lain yang sepatutnya dan dilatih untuk mengambil sepakan penalti tidak sanggup untuk berbuat demikian.



    Zaman berubah. Penyokong pun telah mengalami proses kematangan diri. Kegagalan menyempurnakan sepakan penalti sedemikian yang sering juga berlaku kepada pemain-pemain ternama dunia sudahpun boleh diterima oleh penyokong masing masing.



    Terimakasih saudara Isham kerana sudi ditemuramah dan menceritakan buat tatapan kita semua kisah suka dan duka beliau semasa mewakili pasukan Perak.




    Kita ikuti temuramah seterusnya Isham bersama wakil Yob4ever, Cekgu Nasyor.




    A. Biodata:

    Nama Penuh : Isham Bin Shahruddin

    Tempat lahir/ tarikh: Sungkai Perak/ 31-08-1966

    Kedudukan dalam keluarga: Ke Dua

    Nama Ibu: Ramlah Bt. Mohammed

    Nama Bapa: Shahruddin B. Lahit

    Nama Isteri: Rozlita Bt. Abdullah

    Nama Anak : Muhammad Isnadil, Muhammad Iszul Imadi & Nurish Nabihah

    Pekerjaan Sekarang : Ahli Perniagaan

    Hobi: Bersukan

    Sukan lain yang diminati: Badminton, Hoki dan Golf.

    Masakan kegemaran: Ikan keli, tempoyak dan kari.

    Minuman kegemaran: Air barli dan kacang soya.

    Tokoh yang dikagumi: Tun Sri Dr. Mahathir Bin Mohamad.

    Kelab Luar Negara yang diminati : Manchester United.



    B. Kerjaya :

    Yob4ever : Bilakah Isham mula mewakili Perak dan apakah ada pasukan lain selain Perak yang Isham pernah wakili ?

    Isham : Saya mula mewakili Pasukan Perak pada tahun 1984 hingga 1991. Pada tahun 1992 saya telah berhijrah ke pasukan Negeri Sembilan selama satu tahun.

    Yob4ever : Bila kali terakhir mewakili Pasukan Perak?

    Isham : Pada tahun 1993 saya kembali ke pasukan Perak sehinggalah ketahun 1996 dimana pada tahun itu adalah tahun akhir kerjaya saya sebagai pemain bolasepak.

    Yob4ever : Siapakah jurulatih-jurulatih ketika itu, di sepanjang penglibatan Isham dalam pasukan Perak ?

    Isham : Antara jurulatih pada ketika itu sebagaimana yang saya masih ingat lagi ialah Ken Shellito, M. Karathu, Bahrin Khamis, Abdullah Nordin dan ramai lagi.

    Yob4ever : Siapa diantara mereka yg anda rasa paling senang dan gembira berada dibawah latihannya dan paling baik dari segi corak latihan ?

    Isham : Pada pendapat saya jurulatih yang paling baik dengan corak latihannya adalah M Karathu.

    Yob4ever : Boleh beritahu jaringan gol dan perlawanan yang akan sentiasa anda ingati?

    . Isham : Ya. Jaringan gol ketika Perak bertemu Terengganu dimana jaringan itu telah meletakkan Perak ditangga ke 2 Liga Perdana.

    Yob4ever : Boleh ceritakan Pengalaman pahit anda sepanjang mewakili Perak?

    Isham : Sejarah yang mungkin tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini ialah dimana saya telah gagal menjaringkan gol semasa mengambil sepakan penalti ketika bertemu Kuala Lumpur. Apabila perlawanan telah berakhir saya telah diserbu oleh peminat sehinggakan pihak FRU terpaksa melindungi dan menghantar saya sehingga sampai ke rumah.

    Yob4ever : Pengalaman manis pula?

    Isham : Bila saya terpilih mewakili Pasukan Harimau Malaysia pada tahun 1987.



    C. Dahulu Dan Sekarang

    Yob4ever :Apakah pendapat anda mengenai pengurusan ketika itu?

    Isham : Saya rasa pengurusan sekarang ini nampak lebih baik daripada pengurusan yang dahulu.

    Yob4ever : Apa pendapat anda mengenai pemain semasa era anda , corak permainannya , skill , teknik jika dibandingkan dengan pemain era sekarang ini? Siapa pemain era anda yang anda anggap adalah yang terbaik?

    Isham : Pemain pada era saya adalah lebih baik daripada sekarang. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana dari segi teknik dan ketabahan fizikal. Azizol Abu Haniffah yang paling bagus ketika itu dan saya rasa beliau adalah salah seorang pemain Perak sepanjang zaman yang masih tiada lagi penggantinya.

    Yob4ever :Apa pendapat anda mengenai suasana dan kemudahan pemain dahulu dan sekarang? Seperti gaji, kemudahan semasa latihan dan lain-lain.

    Isham : Suasana dan kemudahan ketika itu tidaklah sebaik sekarang. Dari segi gaji pula amatlah rendah jika dibandingkan dengan sekarang.

    Yob4ever :Bagaimana pula dengan peminat ketika itu?

    Isham : Sambutan dari peminat amat ramai ketika itu kerana persembahan pasukan amat bagus dan baik lebih-lebih lagi ketika itu terdapat ramai pemain-pemain yang berkualiti.

    D. Penghargaan

    Yob4ever : Siapa yang banyak memberi dorongan dan galakan dalam karier bolasepak anda ?

    Isham : Diri sendiri.

    Yob4ever : Apakah nasihat atau panduan yang boleh Isham berikan untuk pemain-pemain sekarang?

    Isham : Tingkatkan disiplin, teknik, ketabahan fizikal dan mental serta hormati kedua ibubapa.

    Yob4ever : Apa harapan anda selaku pemain lama untuk Pasukan Perak sedia ada ini?

    Isham : Semoga berjaya dan dapat mengekalkan status pasukan yang sentiasa digeruni oleh pihak lawan dalam apa jua pertandingan yang dimasuki. Bermainlah demi untuk pasukan bukan diri sendiri serta hargailah sokongan peminat semua.

    E. Lain-lain :

    Yob4ever : Apakah perasaan anda sekarang? Adakah anda menyesal memilih kerjaya bolasepak?

    Isham : Tidak menyesal sebaliknya amat gembira dan berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah membawa saya ke mercu kejayaan sebagai pemain bolasepak.

    Yob4ever : Puas hati dapat menyumbang untuk Pasukan negeri anda Perak?

    Isham : Ya. Saya bersyukur dan berpuas hati dengan penglibatan saya didalam kerjaya sebagai pemain bolasepak Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Yob4ever : Adakah anda masih mengikuti perkembangan Pasukan Perak? Pergi stadium atau setakat mengikuti perkembangan dengan membaca akhbar sahaja?

    Isham : Ya. Saya masih lagi mengikuti perkembangan Pasukan Perak dan selalu juga ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan negeri Perak.

    Yob4ever : Jika anda diberi peluang untuk memilih “The Dream Team” pasukan Perak sepanjang zaman , siapa-siapakah agaknya pilihan anda?

    Isham :
    Nazrin Choong
    Wan Ahmad Kamal / Jang Jung / Abdul Rais Rashid
    Mustafa Belalov
    Kyi Lwin / Azizol Abu Haniffah/ Isham Shahruddin
    P. Ravindran / Laszlo Repasi / Nidzam Adha Yusuf

    Yob4ever : Soalan terakhir dari saya. Pernah masuk ke laman web Yob4ever?

    Isham : Tidak pernah, tetapi akan masuk ke laman web yob4ever ini. Saya kagum dengan anda semua yang mempunyai komitmen yang begitu tinggi dalam memertabatkan bolasepak Perak khasnya dan bolasepak tanahair umumnya. Syabas yob4ever.com

    Yob4ever : Terimakasih Isham kerana sudi ditemuramah. Yob4ever mengucapkan selamat maju jaya untuk Isham di dalam kareer yang di ceburi. Tidak lupa terimakasih dari kami atas sumbangan anda terhadap pasukan Perak.

    Isham : Sama-sama.



    Disclaimer: Pandangan pemain atau individu yang di temuramah adalah di atas kapasiti mereka sendiri dan TIDAK SEMESTINYA mencerminkan pandangan Persatuan Bolasepak Perak, PAFA.









    Copyright © by Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage All Right Reserved.

    Published on: 2006-02-26 (2457 reads)

    [ Go Back ]
    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.10 Seconds