Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Go Futsal
    · 7: Nusa Mahsuri
    · 8: n9futbol.com
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Abdoulaye Traore
    · 7: Kapten
    · 8: Perak (2005)
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 21 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Exclusive 13: Mengeteh bersame Hisyamudin Mohamed Sha’ari
    Wanwancara oleh: Wanchang, Hesome dan Chaeir



    Kedatangannya ke Perak tidak dirancang sama sekali. Tujuan asal adalah untuk
    mendapatkan tempat menjalani latihan industri (practical) dan melengkapkan tesis
    semester akhir pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda beliau. Namun, tuah ayam
    nampak di kaki, nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan penyokong fanatik
    bolasepak Perak sebagai salah seorang pemain yang menampilkan aksi konsisten dan
    mendokong watak penting dalam pasukan Perak.

    Itulah Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari atau lebih mersa dengan panggilan
    Sham. Pemilik jersi bernombor 24 ini adalah tonggak pertahanan tengah Perak
    musim ini yang digandingkan bersama Khairi Zainuddin dan juga Atong. Mula
    bermain bolasepak secara aktif sejak peringkat sekolah rendah , Perak adalah
    pasukan pertama yang diwakili Sham sebagai pemain professional sepenuh masa.

    Pernah bermain bersama pasukan bawah umur kebangsaan yang dikendalikan oleh
    jurulatih K. Rajagopal, Sham berehat sebentar dari arena bolasepak demi mengejar
    cita-cita bergelar seorang graduan dengan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
    dalam bidang Sains Sukan.

    Mari ikuti laporan eksklusif temubual bersama Sham yang dikendalikan oleh
    wanchang , hesome dan Chaeir dalam segmen MENGETEH BERSAME..


    Biodata
    Nama Penuh: Mohamad Hisyamudin bin Mohamed Sha’ari
    Nama Panggilan: Sham
    Tempat lahir / tarikh: Kuala Lumpur / 5 September 1987
    Anak ke: 2 dari 5 adik beradik
    Pendidikan: Sek. Raja Abdullah 2000/2002
    Sekolah Sukan Bukit Jalil 2003/2004
    Ijazah Sarjana Muda, Sains Sukan, UiTM (Semester Akhir)

    Hobi: Menonton filem terbaru di pawagam
    Sukan lain yang diminati: Paintball
    Kelab/negara bolasepak luar negara diminati: Barcelona / Spain / EPL Kureng
    Pemain bolasepak diminati: Gerard Pique
    Masakan kegemaran: Nasi Goreng Ayam Kunyit
    Minuman kegemaran: Barli Suam
    Port makan di Ipoh: Kedai Wak dan Kantin Bomba
    Tempat kegemaran (kenapa): tempat tinggi (suka tempat sejuk dan nyaman - bercita-cita untuk sampai ke Paris)

    Pencapaian:
    Sekolah Rendah: Mewakili Kuala Lumpur MSSM u-12 1999 / Suku Akhir
    Sek Menengah: Mewakili Kuala Lumpur MSSM u-18 2002/ Juara
    Skuad Piala Presiden: SSBJ 2004 & Kuala Lumpur 2005-2006
    Skuad Utama Negeri/Kelab: Kuala Lumpur 2006 & Perak 2011
    Malaysia: U-20 2004-2006 / Juara Kejohanan 3 Penjuru Hong Kong 2005

    Kerjaya:

    Yob4ever: Kenapa Sham memilih Perak sebagai pasukan yang diwakili musim ini?
    Sham: Sebenarnya saya datang untuk mencuba nasib, di samping peluang untuk melengkapkan tesis bagi program ijazah sarjana muda. Alhamdulillah, rezeki saya di Perak, di negeri orang. Perak adalah pasukan pertama saya beraksi sebagai pemain professional sepenuh masa. Bukan sekadar tempat untuk latihan industri, saya juga diberi kepercayaan untuk berada di dalam kesebelasan utama Perak. Terima kasih Cikgu Jan!

    Yob4ever: Kenapa tidak kembali kepada Kuala Lumpur?
    Sham: Saya pernah dipelawa untuk menyertai pasukan Liga Super Kuala Lumpur sebelum ini. Memandangkan pada masa itu komitmen saya lebih kepada pelajaran, saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Dan saya sekadar bermain bersama pasukan UiTM dalam kejohanan-kejohanan tempatan, sehinggalah saya ditawarkan kontrak bersama pasukan Perak.

    Yob4ever: Sham memilih untuk berehat daripada bermain bolasepak bagi menyambung pelajaran. Pada masa itu, Sham juga telah tersenarai sebagai pelatih skuad kebangsaan di bawah K. Rajagopal bersama Syafiq Rahim dan Zaquan Adha. Adakah pilihan itu tepat?
    Sham: Alhamdulillah, pilihan saya tepat dan saya amat bersyukur dengan pilihan yang saya buat. Walaupun saya terpaksa mengorbankan tempat dalam senarai pelatih kebangsaan, saya tidak meninggalkan bolasepak sepenuhnya. Semasa menuntut di universiti, saya terus aktif bermain bolasepak dengan mewakili universiti dalam kejohanan tempatan. Sekarang saya memiliki diploma, bakal melengkapkan pengajian peringkat ijazah dan saya kembali bermain bolasepak sepenuh masa. Saya mesti berterima kasih sekali lagi kepada Cikgu Jan yang memberi peluang kepada saya menonjolkan bakat permainan saya.

    Yob4ever: Pengalaman manis sebagai pemain bolasepak?
    Sham: Kejayaan bermain bersama rakan sepasukan Malaysia U-20 dan menjuarai kejohanan 3 penjuru di Hong Kong pada tahun 2005. Kejohanan tersebut disertai oleh Hong Kong, China, UAE dan Malaysia.

    Yob4ever: Pengalaman paling pahit sebagai pemain bolasepak?
    Sham: Baru-baru ini saya mengalami kecederaan bahu yang agak teruk ketika bermain menentang Pahang. Kecederaan dislocated shoulder berlaku semasa saya cuba melakukan bicycle kick untuk mengeluarkan bola dari kawasan Perak. Bahu saya jatuh separuh, saya dapat rasakan ruang kosong di bahagian sendi bahu saya pada masa itu. Alhamdulillah bahu saya sudah kembali seperti asal, Cuma kadangkala terasa sengal dan kebas.

    Harapan
    Yob4ever: Apa harapan Sham sebagai seorang pemain bolasepak?
    Sham: Saya ingin merangkul sekurang-kurang 1 piala yang dipertandingkan dalam liga tempatan. Saya juga menyimpan niat untuk bermain di luar Negara, tetapi saya mesti membuktikan keupayaan saya dalam liga tempatan terlebih dahulu di samping meningkatkan keyakinan diri untuk bersedia menghadapi cabaran.

    Yob4ever: Apa harapan Sham sebagai seorang pemain pasukan Perak?
    Sham: Pasukan mensasarkan kedudukan 5 teratas sebagai target minima, jadi saya akan berusaha sebaiknya agar Perak boleh mendapat tempat lebih baik dari sasaran yang ditetapkan.

    Yob4ever: Apa harapan Sham sebagai sebahagian daripada industri bolasepak Malaysia?
    Sham: Saya berharap program akar umbi berjalan lancar dan berterusan agar bolasepak tempatan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Secara umum, program-program pembangunan bagus dan berkesan cuma kadangkala ianya setakat separuh jalan. Saya pasti rakan-rakan pemain bolasepak menyimpan niat untuk beraksi di luar negara satu masa nanti dan apabila kualiti bolasepak tempatan meningkat maka pasaran pemain tempatan di luar negara juga pasti meningkat.

    Yob4ever: Komen Sham atas penghijrahan Safee Sali
    Sham: Saya menyokong penuh penghijrahan Safee ke ISL. Beliau bersungguh-sungguh untuk bermain di sana dan beliau berjaya membuktikan keupayaan pemain Malaysia setaraf dengan pemain negara lain.

    Yob4ever: Berdasarkan insiden yang berlaku semasa perlawanan menentang Kelantan, apa harapan Sham kepada penyokong Perak?
    Sham: Keadaan begini akan memberi impak kepada pemain Perak ketika bertandang ke gelanggang lawan. Sebaiknya, penonton kawallah diri dan emosi.. dan enjoy the game. Fikirkanlah keselamatan pemain Perak ketika berada di gelanggang lawan nanti.

    Yob4ever: Harapan Sham terhadap pasukan Harimau Muda (HM)?
    Sham: HM adalah pasukan yang ‘segar’ dan menunjukkan dimensi permainan yang sedikit berbeza berbanding pasukan lain. Saya menyokong penglibatan HM dalam MSL kerana ia memberi ruang kepada pemain untuk belajar dan memajukan diri mereka selain memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

    Ruangan TaBBleyBlah:
    Pernah membotakkan kepala?: Pernah dan selalu, tetapi kali terakhir semasa berada di Tingkatan 5.
    Rankingkan Karaoke/Reflexology/Spa: 1. Spa 2. Reflexology 3. Karaoke
    Pernah melayari Yob4ever?: Pernah, selepas bermain dengan Perak, sebelum ini hanya mendengar Y4E.
    Nombor Jersi: 24, nombor kegemaran 20
    FB: Hisyamudin Sha’ari
    Housemate: Amir

    Yob4ever: Terima kasih Sham kerana menjayakan temubual eksklusif ini. Mungkin ada kata-kata atau pesanan dari Sham sebagai penutup perbualan hari ini?
    Sham: Terima kasih Yob4ever kerana menjemput saya. Saya amat terharu dengan penerimaan pengurusan, rakan-rakan dan penyokong bolasepak Perak terhadap saya. Pengalaman menentang Kelantan tempoh hari amat bermakna apabila kami beraksi di hadapan puluhan ribu penonton. Semoga saya dapat mengekalkan prestasi terutama untuk menentang Selangor, Sabtu ini.
     









    Copyright © by Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage All Right Reserved.

    Published on: 2011-04-17 (3298 reads)

    [ Go Back ]
    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.40 Seconds