Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Perak (2005)
    · 7: Kapten
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 74 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Tiga pemain MPPJ ke Perak
    Posted on Friday, October 20 @ 05:56:53 UTC
    Topic: Utusan Online
    Utusan OnlineOleh KAMARUDDIN ISMAIL
    Utusan Malaysia


    IPOH – Perak menyambar tiga pemain Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan seorang pemain Selangor dalam usaha memperkuatkan skuad Seladang dalam Liga Super musim depan.

    Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak ( PFA ), Datuk Mahiyuddin Abdullah berkata, tiga pemain MPPJ berkenaan ialah K. Nantha Kumar, Chan Wing Hoong dan Yusri Che Lah serta pemain Selangor, Mohd Khalid Jamlus akan menjadi milik Perak.

    Katanya, keempat-empat pemain itu telah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama skuad Seladang pada musim akan datang.

    Kehadiran Nantha dan Wing Hoong itu dijangka memperkuatkan lagi benteng pertahanan Seladang.

    Kepakaran Yusri sebagai pemain tengah akan membuatkan bahagian berkenaan lebih mantap untuk mencorakkan serangan kelak.

    Kelincahan Khalid pula akan digunakan bersama-sama pemenang Kasut Emas musim lalu, Keita Mandjou supaya serangan Seladang lebih menyengat.

    Keempat-empat pemain terbabit merupakan bekas pemain Perak yang berpindah ke MPPJ dan Selangor sebelum ini.

    Selain itu, Perak juga sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain Telekom Melaka, Hardi Jaafar.

    Mahiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PFA memberitahu, pemain kebangsaan, Mohd Nor Ismail dan dua pemain pertahanan,, Dominic Minsi dan V. Thirumurugan antara sembilan pemain yang tidak disenaraikan.

    Sehubungan itu, katanya, Perak akan menyenaraikan semula 18 pemain musim lalu termasuk tiga pemain import bagi membawa cabaran Seladang kelak.

    ‘‘Mohd Nor dan Dominic digugurkan kerana masalah kecederaan dan Thirumurugan pula akan berhijrah ke pasukan lain,” jelas Mahiyuddin kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa di Ipoh, semalam.

    Pengguguran Mohd Nor, Dominic dan Thirumurugan agak mengejutkan kerana ketiga-tiga pemain berkenaan sering diturunkan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih, Steve Darby musim lalu.

    Selain itu, pertahanan berpengalaman, Syamsol Saad yang menghadapi masalah kecederaan sejak setahun lalu juga tidak disenaraikan.

    Mereka yang turut diketepikan ialah Mohd. Azlan Jabri, Mohd. Hazrul Shah Abd. Hakim, Sathiakumaran, Mohd. Khairul Anuar Mat Isa dan Hishamuddin Othman.

    ‘‘Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama yang jitu semasa bersama Perak,” jelas Mahiyuddin.

    Naib Presiden itu berkata, ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar, 32, mengetuai senarai 18 orang pemain yang dipilih semula bagi musim 2006-2007.

    ‘‘Para pemain yang terpilih itu dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan PFA selepas meneliti laporan prestasi yang dikemukakan oleh jurulatih, Steve Darby,” tambahnya.

    ‘‘Kami percaya pemain-pemain yang dipilih itu berupaya membawa cabaran yang lebih hebat kerana PFA berharap dapat memenangi sebarang piala dalam Liga Malaysia musim ini,” ujar Mahiyuddin.

    Beliau seterusnya berkata, tiga pemain import Vedran Kukoc (Croatia), Traore Abdoulaye (Burkina Faso) dan Keita Mandjou (Republik Guinea) dikekalkan semusim lagi.

     
    Related Links
    · Utusan Malaysia
    · More about Utusan Online
    · News by y4e


    Most read story about Utusan Online:
    Tiga pemain MPPJ ke Perak


    Article Rating
    Average Score: 0
    Votes: 0

    Please take a second and vote for this article:

    Excellent
    Very Good
    Good
    Regular
    Bad


    Options

     Printer Friendly Printer Friendly


    The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

    No Comments Allowed for Anonymous, please register

    Re: Tiga pemain MPPJ ke Perak (Score: 1)
    by EMENZ on Friday, October 20 @ 21:04:34 UTC
    (User Info | Journal)
    teman setuju sangat la kalo wing hong,kanu ngan si yusri 2 nak ke perak.boleh mantapkan lagi pasukan kesayangan kita untuk musim baru ni.bak kata org2 tua hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.....teman sarankan agar Y.B dato dpt membawa balik anak2 perak ke pangkal jalan mcm indra,hardi jaafar,kit kong dan safee sali.daripada amik si khalid 2 baik amik si safee ni.khalid nak brlari pun mengah jer teman tengok.teman dengor beria benar si gergasi merah 2 nak ambik si safee tu.kater nak pakai budak2 muda jer.gitu la selangor..cakap x supa bikin.harap team perak dapat buat pelaburan yg besar nak bwa balik teman2 kita 2.x salah belanja besor tp ada hadnya.jgn jd cm chelsea malaysia udah ler...bg teman team yob ni dah bgus dah.cuma mantapkan lg jer. kalo dapat wing hong,yusri,kanu,hardi,safee,indra,dan kit kong maka teman rase yeam yob bleh sapu bersih smua piala yg dipertandingkan.satu hal lagi player import.teman rase kita kena pakai 3 import.kekalkan keita n dolaye dan cari satu lagi striker import yang btul2 striker tulen atau org putih kater killer striker mcm ex player mk land marlon james ker chipeta,bekamenga dan yg sejenis denganya.cuba PFA cari import yg main kat liga indon dan singapore.teman nengok import yg main liga indon n singapore bgus2 gak.ader dari brazil,croatia,afrika n mcm2 la.lg senang sbb steve darby pun bese jd coach kat saner.mesti dia tau striker2 import yg bagus kat liga singapore 2.teman harap ap yg teman ckp ni akan mendapat perhatian dari PFA dan dr Y.B Dato khususnya.....ini untuk kejayaan kita smua dan teman harap team Yob ak sapu bersih smua piala yg ader trmasuk la piala AFC .....adios




    Re: Tiga pemain MPPJ ke Perak (Score: 1)
    by Duke on Monday, October 30 @ 21:52:07 UTC
    (User Info )
    Sarcastic remark for the day:

    "If Real Madrid has fat boy Ronaldo, Perak also has plumb boy Khalid Jamlus!"




    Re: Tiga pemain MPPJ ke Perak (Score: 1)
    by penyamun_tarbus on Saturday, November 04 @ 06:13:31 UTC
    (User Info )
    teman stuju bebeno la ngan si EMENZ nie..bgs2..tp 1 je teman x stuju..bab pemain import..mmg kite kene cari pemain cam chepita tp buang la si keita tu...



    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.21 Seconds