Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Sunday, November 13
    · Kenapa Amy Mat Piah tak ada dalam Rock Bro
    · Rock Bro - Deleted scence (Studio)
    · Rock Bro - Cik Man & Dio di MHI TV3 pada 9 November 2016
    · Rock Bro - Mamat Khalid & Kuku Besi MHI
    · Pengakhiran kisah Rimba Bara dalam Rock Bro
    · If you hate this man, you hate football
    · Rene Higuita - Scorpion Kick
    · Cikgu Jan - 2011 at KLFA Stadium
    · Penampilan pertama Baichung Buthia
    · YOB4EVER
    Thursday, January 30
    · Review: ATM vs Perak
    · Preview: ATM vs Perak
    · Review: Perak vs Terengganu
    Wednesday, March 13
    · Harga tiket
    Tuesday, February 19
    · Kenyataan Media FAM berhubung isu pergaduhan Selangor vs ATM
    Wednesday, January 23
    · ARGHHHHHH... REFEREE & LINESMAN SEMUA POYOOOO!!!!
    Thursday, January 17
    · Skuad Kebangsaan: Safiq Rahim di Layangkan Kad Merah
    Wednesday, January 16
    · Review: Perak vs Felda United FC
    Friday, January 11
    · Preview: Johor D.T FC vs Perak
    Wednesday, January 09
    · Tahap Pencahayaan Lampu Limpah.

    Older Articles

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Perak (2005)
    · 7: Kapten
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 70 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Azizul Abu Hanifah.

    Contributed by ayo_liyoo on Monday, January 09 @ 15:10:03 UTC

    Comentar Y4EMungkin peminat atau penyokong Perak generasi baru tidak mengenali nama di atas.

    Azizul Abu Hanifah merupakan arkitek bagi pasukan Perak dan kebangsaan satu ketika dulu.

    Dengan nombor keramat iaitu '12' pada jerseynya dan ketajaman penyudah menjadikan beliau pemain yang disegani pada era awal Liga Profesional yang dikenali dengan nama 'Liga Semi-Pro'.

    Tidak silap saya beliau berasal dari Teluk Intan dan bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di PKNP, sebuah bangunan disebelah mahkamah Majistret di Ipoh.

    Seingat saya beliau merupakan pemain yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk pasukan Perak dan kebangsaan. Karier beiau hampir berkubur kerana kecederaan teruk akibat 'tackle' keras oleh pemain kedah iaitu 'Lim Teong Kim' di kaki beliau.

    Bersama Perak beliau telah mengecapi kejayaan sulung Piala Fa pada tahun 1990 (saya masih tadika ketika itu).

    Beliau turut disenangi oleh Pengurus Perak pada ketika itu, Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar (Naib Presiden FAM kini) dan jurulatih, M.karathu.

    Saya masih ingat beliau pernah menjaringkan gol bertaraf dunia, iaitu dari penjuru tendangan sudut.

    kancah bolasepak negara dipenuhi dengan gejala rasuah pada masa itu. Azizul jua turut terlibat dan dikenakan hukuman buang daerah bersama pemain-pemain yang lain seperti P.Ravindran, Mohd Nazreen Chong dan lain-lain lagi.

    Bagi saya kelibat beliau sukar ditemui dan dicari ganti hingga kini.......... dimanakah beliau menghilang???????
    Walaubagaimanapun 'teman' tetap mendoakan kejayaan 'mike' didalam apa jua bidang.

    Kejor AZIZUL kejor!!!!!!!!!!!!

     
    Related Links
    · Comentar yob4ever
    · More about Comentar Y4E
    · News by y4e


    Most read story about Comentar Y4E:
    Azizul Abu Hanifah.


    Article Rating
    Average Score: 4.21
    Votes: 19


    Please take a second and vote for this article:

    Excellent
    Very Good
    Good
    Regular
    Bad


    Options

     Printer Friendly Printer Friendly


    The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

    No Comments Allowed for Anonymous, please register

    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by dark_own99 on Friday, January 13 @ 10:02:33 UTC
    (User Info )
    temanpernah jumpa azizol main bola masa kt rawang, dia skang jadik coach perodua, bebudak selangor yang tengok dia main respek giler kat 'brother' tu, bile teman kabor dia tu azizol terngange mulut deme weh..kembang teman




    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by lambor on Sunday, January 15 @ 08:06:56 UTC
    (User Info )
    Kenapa mike tak tengok dia main untuk pilihan DBI (veteran Perak) lawan dengan veteran Perlis kat Padang Ipoh hari tu? (teman udah lupa tarikh dia tp tahun lepas le). Kalu tak silap dia score 2 gol.. dia punya skill & hantaran..mak ai..lepas rindu teman kat dia. tajam.. mcm zaman battle of the band dedulu.. kalu tempat A'a takde ganti le, dia pun masih boleh main position tu.. cuma 'angin' je jadi tanda tanya.




    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by hensemjiwang on Wednesday, January 18 @ 15:48:54 UTC
    (User Info )
    si LIM TEONG KIM tu dah jadik coach Bayern Munich.. Azizol lak watper skarang?

    tapi memang betul la, Azizol tu memang terer la. bole dikatakan kadang2 tu, datang stadium sebab nak tengok dier jer. kalau kat rating match berita harian dulu tu, memang nama dia slalu gak la naik jadik MAN OF THE MATCH. Player skill cam Azizol tu, aku rasa bukannye dalam Perak, dalam Mesia pun aku rasa susah nak carik gantinya... aku rasa la.

    p/s: masa perak menang piala FA tahun 1990, ko baru tadika?? bapok.. mudenye ko.. hehehe.




    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by alazmi on Thursday, February 23 @ 16:33:41 UTC
    (User Info )
    Saya juga sangat meminati Azizul Abu Hanifah. Kerana terlalu meminati beliau saya telah namakan anak keempat saya dengan nama Muhammad Azizul.
    Sekarang anak saya berada di tingkatan 2. Yang menakjubkan anak saya juga sangat meminati sukan bola sepak sekarang. Bukan itu sahaja anak saya ni boleh ingat kebanyakan nama pemain bola sepak dunia. Pernah beberapa orang mencuba daya ingatannya tetapi dengan mudah beliau menjawabnya.
    Azizul Abu Hanifah sukar dicari ganti. Kemahirannya menggunakan kedua-dua kaki kiri dan kanan digeruni oleh pasukan lawan. Tetapi sayang gejala rasuah menyebabkan pemain Perak hanyut.
    Saya dapat tahu Azizul sekarang berada di Perlis menjadi taukeh peraih ikan yang berjaya. Semoga anak beliau akan berjaya menggantikan tempat beliau di padang bola pada masa depan.
    InsyaAllah.




    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by lurxa83 on Tuesday, October 27 @ 12:22:49 UTC
    (User Info )
    azizol main bola memang best aku igt lagi time g stadium perak 1994 time aku darjah 5 tgk azizol main bola fuh hebat dia main bola..tapi sekarang player perak takde sehebat dia la....susah nak cari peganti...dulu azrul amri borhan ada r sikit2 mcm cara dia tapi tekleh nak lawan azizol lg...




    Re: Azizul Abu Hanifah. (Score: 1)
    by thefarihero on Tuesday, December 11 @ 09:40:49 UTC
    (User Info )
    Teman pn minat benor dgn azizul ni..boleh katekan time main bola semua nak jadi azizul...sekarang ni mmemang dah xde la pengganti dier...harap azizul berjaya dlam kehidupannye...idop yob......

    Http://shoutvoc.com



    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.14 Seconds