Tahniah...
Date: Friday, April 23 @ 20:48:30 UTC
Topic: Comentar Y4E


-ChempianG- Posted on 21 Apr. 2010, 01:12 PM

Tahniah kepada semua jentera pasukan

Arena 801 habaq seri 1-1... walaupun seri sanggup gak la tunggu siaran tertunda... bagi aku seri 1-1 adalah 1 kejayaan besaq... tu yang teruja nak tunggu jugak walaupun 1 ketika kapal dan pendayung dah melambai-lambai untuk belayar dan hanya menunggu nakhodanya saja... dan alangkah kepalangnya dalam terkebil-kebil menahan mata ni tetiba gol la plak... hampeh punya Arena 801... hidup2 aku kena kencin... lepaih gol tu terus segaq balik kui...kui...kui...

dan Alhamdulillah penantian berjaga hingga dinihari tidak sia-sia apabila 3 mata berharga berjaya digenggam sempurna. dan lebih simbiosisnya skuad yang dijinakkan bukan calang-calang pasukan. Setelah gah memeluk erat Piala FA, kita berjaya menunjukkan bahawa kita lebih bernafsu untuk meniti kedudukan lebih baik seterusnya mengejar pasukan Selangor dipuncak liga

Syabas

Taktikal koc RA semalam memang menjadi walaupun pada awalnya aku dah mula cuak bila main formasi 3-5-2. Winger memang kena allout kalau main sistem ni. Dalam 1 masa kena membantu barisan depan dan dalam waktu terdekat tu plak kena bantu barisan belakang plak.

Tugas yang dipikul Khalis dan Azwari memang berat dan mereka berjaya memikul amanah ni. Azwari nampak menonjol skit berbanding Khalis sebab dia banyak digunakan untuk memecah pertahanan lawan.

Kredit untuk kapten pasukan K Nanthakumar. Dia bukan saja arketik pasukan malah orang tembok besi yang sukar dirobohkan. Dia lebih banyak menghabiskan masa berada dikawasan sendiri dan dia berjaya menghadkan pergerakan Rezal Zamrey dan Idris Karim.

Umum dah tau kita tidak pernah ketandusan dalam melahirkan pemain-pemain tengah yang hebat. Nama seperti Azizol Abu Hanifah. Membawa ke Ahmad Shahrul Azhar. Disambung kepada Shahrul Nizam Mustafa. Dan kini, lahir seorang lagi bakal bintang dari Ipoh, Nazri Kamal. Permaianan dia bertambah baik. Kawalan bola semakin cantik. Hantaran kemas.

Kalau dulu kita juga ada nama-nama besar dalam sepakan percuma yang boleh menggegar jaring. Nama seperti Azizul Abu Hanifah, Shamsul Saad, Azrul Amri Burhan, Danial Fadly dan Noor Hazrul. Kini tugas sukar ini mampu pula digalas Safuan Adli dengan 2 gol malam tadi.

Tak lupa jugak hamburan pujian khas untuk Azmer + Arif + Hafisizuan dibarisan belakang kerana berjaya menenteramkan barisan serangan menggila N9. Walaupun ada 1-2 mistek namun ditebus dengan persembahan yang cemerlang.

Kecemerlangan pasukan juga disumbang oleh penjaga gol muda Khairul Amri. Nama yang tidak segagah mana namun ketenagannya menjaga benteng terakhir tidak mengecewakan malah tidak sedikit pun menampakkan kegugupan bila berhadapan dengan barisan lebih berpengalaman.

Walaupun tiada jaringan dari penyerang kembar tak seiras Razali dan Saufi itu tidak bermakna sumbangan mereka berdua hanya dipandang sebelah mata. Begitu juga sumbangan Fauzi Kassim yang menggantikan Saufi pada babak kedua. Razali dan Saufi rasanya perlu banyak masa lagi untuk menemui semula sentuhan ghairah kerana kedua-duanya baru pulih dari kecederaan dan dalam proses ke arah itu.

Tak tau dah nak tulis apa... apapun jangan terus dibuai mimpi dengan kemenangan malam tadi kerana perjalanan masih jauh. Misi Sabtu ni lagi 3 mata penuh. Untuk vs KL... kalau ada masa aku akan ulas lagi... kalau aku tak sempat... ingat 2 nama ni... Kapten depa yang bertocang, Azidan Sarudin... dia merupakan akitek pasukan KL dan sorang lagi pemain yang tidak beraksi malam tadi vs Kelantan, Yong Kuong Yong. Tak sure pasai pa Razip Ismail tak bagi dia main. Walauapapun, aku suka tengok 2 pemain yang memakai jersi no 8 n 18 ni.

Sekian

darimejaseketeriat...





This article comes from Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage
http://www.yob4ever.com/v2

The URL for this story is:
http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=959