Perak vs Negeri Sembilan - part II
Date: Friday, April 23 @ 20:59:21 UTC
Topic: Comentar Y4E


Dua dua gol dari bola mati je. So lepas ni belajor belajor le difoulkan luor kotak penalti ( dalam lagi bagus)

yang lain lainnya takde spesel pun. Takde thruu pass maut yng tetiba je
Sofi dengan jali boleh one by one dengan keeper. semua thru pass biasa biasa jeee..kalu defend miss kick ok la, tapi N9 haram takde fumble pun, so kena potong je la.

nak berangan tinggi sangat rasanya rentikan le. Tapi kalo nak juga lantok leee bukan kena bayor pun ekekeke.. - Dato T

Ntah la... nampak formasi beterabur jugak semalam... kita mengasak untuk mencari gol awal... time tu 3-5-2... lepaih tu kita mengendurkan sikit asakan dengan hanya formasi 3-5-1-1 hingga la N9 dapat gol penyamaan

player dan koc rasanya seakan akan berpuas hati lapaih tu untuk berkongsi mata... cuma sesekali menyerang menggunakan Jali sebagai top striker (3-5-1-1)... masuk plak Arif Fadlie menggantikan Nazri mengiakan yang kita dah mula mengendurkan berahi...

Gol kedua pun bukan dari gerakan cantik lagi tersusun tapi lambungan dari pertahanan terus mencari Jali yang keseorangan dikawasan lawan... kesalahan Shukor Adan mengkasiri Jali membolehkan kita beroleh gol yang ke-2 dan kerana gol itu kita beroleh 3 mata berharga...

walaupun demikian... 3 mata lebih penting walaupun gem sekadar biasa2 ja cuma yang positifnya pemainan nampak kemas dan tersusun kalau nak dibandingkan dengan vs Selangor sebelum ni... --ChempianG-

2 game sukar selepas rehat pnjang..
atas kertas sblm game memang peluang nak menang@seri sukar dan tidak keterlaluan mustahil..(ini berdasrkan prestasi dan corak permainan pasukan sebelum liga berhenti berehat)..

namun berdasarkan corak permainan dan taktikal smsa bertemu s'gor pasukan telah menunjukkan banyak peningkatan dari segenap segi..cuma kesilapan di minit2 akhir permainan menghasilkan keputusan yang seolah-olah tiada perubahan dalam permainan pasukan...(bagi mereka yang tak tgk game secara lansung)..

pertemuan dgn n9 merupakan ujian sama ada pasukan telah benar2 meningkat@ tidak.....apa yg diharapkan menjadi kenyataan..pasukan masih mampu menguasai perlawanan..jurang permainan dengan pasukan lawan tidak jauh beza..pemain lebih yakin apabila mendapat dan mengawal bola...pasukan mampu mengawal tempo permainan dan tidak terdesak untuk membuat hantaran yang sia2 untuk penyerang..

untuk 2 game awal kelihatan pemain2 sudah dapat memahami perancangan coach RA dan tidak keterlaluan taktikal yang diterapkan mampu membuat coach yg lebih berpengalaman seperti k.deban n wan jamak tidak senang dudok..credit to RA... - kinta_skywalker





This article comes from Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage
http://www.yob4ever.com/v2

The URL for this story is:
http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=960