Tiada alasan
Date: Tuesday, May 04 @ 21:35:08 UTC
Topic: Comentar Y4E


-ChempianG- Posted on 04 May. 2010, 02:45 PM

Diawal musim awal2 lagi aku menjangkan KL Plus antara pasukan terkuat dalam MSL... dengan dibarisi pemain2 yang berkaliber disamping Mat Zan yang sudah lali dengan liga M nyata telahan aku itu meleset jauh sama sekali...

Walaupun di atas kertas mereka memiliki ramuan untuk mengherdek barisan muda kita namun di atas padang perkara sebaliknya boleh berlaku... kerana bola itu sentiasa bulat...

walaupun mereka berjaya menambat bekas pemenang kasut emaih musim lalu, Nizaruddin Yusof bagi mengepalai barisan hadapan dengan hanya 9 gol setakat ini tidak menceritakan apa-apa keistimewaan kepada bekaih penyerang kebangsaan ini.

Kombinasinya bersama Fadzli Saari hanya berjaya menyumbang 2 gol dengan masing2 1 gol... dan aku menjangkakan gandingan ini akan terus diberi kepercayaan Mat Zan dan Janos Kresca bagi menggempur kubu Perak malam ini.

Bagi mengemudi jentera tengah kombinasi Azi Shahril dan Reeshafiq Alwi pasti menjadi taruhan terbaik KL Plus dalam merencana perlawanan.

Kepercayaan tinggi Mat Zan meletakkan kapten kebangsaan Norhafiz Zamani sambil dibantu Ramesh Lai Boon Huat serta Irwan Fadli Idrus masih tidak memberangsangkan apabila gawang yang kawal Faizal Rashid dibocori 16 gol setakat ini.

Melihat pada statistik KL Plus dengan menang 2, seri 2 dan kalah 8, jaringan 9 serta bolos 16 kali rasanya disitu kita dapat melihat tahap keupayaan skuad ini. Corak menyerang rasa idea yang praktikal untuk RA dan anak buah.

Sedikit merungsingkan ialah kehadiran semual bekas ayam tambatan kita semasa menjulang Piala Malaysia 1998, Janos Krescka yang menjadi pembantu Maz Zan dalam merialisasikan 3 mata penuh selaku tugasan pertamanya malam ini.

Untuk hilang 3 mata malam ni... TIADA ALASAN

ni statistik gem... MENANG 3, SERI 3 n KALAH 6... aku pun tak tau nak ulas apa...

cerita pasai MENANG dulu...

menang dengan Johor 2-0
- memang wajid menang pun pasai depa pun macam kita juga... dipenuhi player muda yang masih mentah.

menang dengan T-Team 3-0
- menang bergaya... menang dengan mata KO... wowwwww

Menang dengan N9 2-1
- Fuh... skuad ni cukup liat n kaya pengalaman ditambah plak dengan pakar taktikal Wan Jamak... tak sangka bleh menang... wel dan

SERI

seri dengan PP 1-1
- Adoiyai... kita buang 2 mata kat sini... sepatutnya 3 mata dalam genggaman... misi GAGAL

seri dengan Kedah 1-1
- 1 lagi pasukan peberet... 1 mata bagi aku dah memadai... kalau di atas kertas memang kita memang bukan tandingan... gud job

seri dengan Kelantan 0-0
- 1 lagi keputusan yang duluar jangkaan... 1 mata berharga berjaya dicuri... tabik springgggggg...

KALAH

kepada Pahang 2-1
- wakakakakakaka... tak sepatutnya kantoi kepada skuad ehsan ni... depa taraf Liga Perdana tapi depa dah buktikan depa memang layak main MSL... tak panaih lagi pasai gem per-1 mungkin bleh diterima walaupun pahit huhuhuhuhu...

kepada Terengganu 3-1
- ok kot...

kepada Perlis 1-0
- pun ok... kalah kepada pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman

kepada Johor FC 3-0
- kalah kepada pasukan yang kuat dan berpengalaman... cuma kalah tak melawan jer la kui...kui...kui...

kepada Selangor 4-1
- sama vs Johor FC... cuma kita berjaya menerobos gawang depa sebijik... kira ok le tu tith...tih...tih...

kepada KL 2-1
- tak sepatutnya... KL ni pun bukan taraf kita jugak...





This article comes from Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage
http://www.yob4ever.com/v2

The URL for this story is:
http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=963