Perak oh Perak
Date: Wednesday, May 26 @ 22:46:43 UTC
Topic: Comentar Y4E


AMER Posted on 26 May. 2010, 10:17 PM

Di bawah bimbingan Karl Heinz Weigang,pada tahun 1998, Perak menduduki tempat ke 10 liga bahagian 1 dari 12 team. . . layak ke piala malaysia pun last minit. . dengan barisan yang agak mantap waktu ni pun terkial-kial mencari rentak, sampai raja ahmad dan weigang dimaki hamun diluar stadium lepas habis game. . .

Inikan pula barisan suam2 kuku begini. . .apa yang penting pemain2 Perak mesti terus berusaha dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam setiap perlawanan selepas ni. .

Sejak dari dulu lagi barisan serangan Perak mesti ada masalah. .

  • 1997 - terpaksa ambil repasi dipertengahan musim
  • 1998 - dalam piala malaysia kehadiran V saravanan menambah rencah barisan serangan pasukan Perak, sehingga saravanan membantu Perak muncul Juara Piala M'sia 1998
  • 1999 - kehadiran Khalid dalam saingan Piala Malaysia menambah sengat barisan serangan Perak, tetapi belum cukup untuk Perak layak ke separuh akhir Piala M'sia. . terkandas diperingkat kumpulan. .
  • 2000 - Gandingan penyerang kembar, Sara-Khalid berjaya membantu Perak menjuarai Piala M'sia 2000
  • 2001 - tanpa pemain import waktu ni, Gandingan Norizam ali Hassan, Khalid dan Saravanan di harapkan menyinar tapi kantoi dalam saingan Liga. .Rafdi Rashid(Ayam Serama@Ayam Katik) dipinjam dari Kedah untuk Saingan Piala M'sia, dan Perak berjaya ke Final Piala M'sia 2001
  • 2002 - di bawah bimbingan Toni Netto, Gandingan Sara-Khalid kembali menyinar dan berjaya membantu Perak menjuarai Liga buat pertama kali dan menjadi naib juara Piala Fa 2002.
  • 2003 - Kehadiran Frank J Seator diakhir musim berjaya menambah sengat barisan serangan pasukan Perak
  • 2004 - gandingan Frank J seator, Liew Kit Kong dan Khalid berjaya membantu Perak menjuarai Piala Fa 2004
  • 2005 - setelah khalid berhijrah ke selangor dan Sara ke pahang,dan seator digugurkan, barisan serangan Perak amat pincang.. Perak terpaksa kembali memanggil Frank J Seator kembali dan akhirnya Perak bangkit di akhir musim
  • 2006 - tahun ni, Keita di letakkan dibarisan serangan, dan Perak begitu menyerlah dengan ketajaman keita di depan gol. .
  • 2007 - setelah khalid kembali dari selangor, barisan serangan Perak bertambah menyengat..gandingan Keita-Khalid mengganas sehingga membantu Perak muncul Naib Juara Liga Super dan Piala M;sia.
  • 2008 - walaupun Carlos Caceras agak slow motion, tetapi berjaya menyumbang 30 gol untuk Perak..gandingan Caceres-Khalid agak menyengat, tetapi masalah lambat bayor gaji, menyebabkan prestasi Perak merudum. .
  • 2009 - dengan barisan mentah dan lomah, Perak hanya ada Jali sebagai striker..walaupun Jali menyumbat lebih 20 gol, tetapi belum cukup untuk menambah sengat barisan serangan Perak.
  • 2010 masalah yang sama kembali berlaku,walaupun Perak mempunyai 4 striker Fauzi,Saufi,Jali dan shahrizal, tetapi cukup mengecewakan gandingan mereka. .

    semoga dengan KEHADIRAN STRIKER nanti akan menambah sengat kepada barisan serangan Perak dan Perak akan kembali bangkit seperti sebelum ini. .





  • This article comes from Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage
    http://www.yob4ever.com/v2

    The URL for this story is:
    http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=970