Welcome to Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

League Menu
  • Leagues

  • Menu
    yob4ever
     Interview
     Link
     Logo
     Wallpaper
     Forum
     Schedule
     Downloads
    Football in Malaysia
     Super League
     Premier League
     Malaysia Cup
    M League
     Standings
     Schedule
     Results
    FA Cup
     Standings
     Schedule
     Results

    Old Articles
    Saturday, February 17
    · Perak mahu ‘ratah’ Polis
    Saturday, January 20
    · Piala AFF: FAM rayu rakyat Malaysia beri sokongan padu
    Monday, December 18
    · Darby akui Firdaus hebat
    Saturday, December 09
    · Jurulatih penjaga gol wajib
    Sunday, November 19
    · Perak ratah Selangor 4-0
    · Tajaan rokok: FAM sedia bincang
    Monday, October 23
    · Shahrul ‘makin tua makin menjadi’
    Sunday, October 22
    · ‘Edgar Davids’ beraksi di Liga-M
    · Perak buat persiapan awal berlatih di Kemboja
    Friday, October 20
    · Tiga pemain MPPJ ke Perak
    Wednesday, October 18
    · Perak utamakan pemain tempatan
    Sunday, October 08
    · FAM batal ujian Cooper
    Sunday, September 10
    · Perak harap tuah gelanggang
    Sunday, September 03
    · Perak buat Perlis hampa
    Sunday, January 08
    · Satu kesilapan ubah nasib Ahmad Shahrul

    Top 10 Links
    · 1: Walkon.com
    · 2: Tokgajah.com
    · 3: HijauKuning.com
    · 4: malaysiafootball
    · 5: Perak F.A. Blog
    · 6: Nusa Mahsuri
    · 7: n9futbol.com
    · 8: Go Futsal
    · 9: SelangorFC
    · 10: kelate.net

    Top 10 Downloads
    · 1: Perak Line up
    · 2: Kipas susah mati
    · 3: Keita Mandjou @ 10
    · 4: Perak FA
    · 5: Perak (Koben)
    · 6: Kapten
    · 7: Perak (2005)
    · 8: Abdoulaye Traore
    · 9: Ipoh Mali (Midi file)
    · 10: Khalid 2006/2007

    Who is Online
    There are currently, 32 guest(s) and 0 member(s) that are online.

    You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

      
    Yob4ever.COM : Perak Football e-Fans Homepage: Utusan Online

    Search on This Topic:   
    [ Go to Home | Select a New Topic ]

    Piala Perak imbau legenda 80-an, 90-an
    Friday, May 28 @ 12:24:18 UTC by y4e (1402 reads)
    Utusan OnlineKUALA LUMPUR - Mengimbau kembali aksi bola sepak zaman 80-an dan 90-an itulah yang dapat diungkapkan kepada dua musuh tradisi, Perak dan Selangor apabila bekas pemain kedua-dua pasukan kembali ke atas padang dalam perlawanan merebut Piala Perak 2010.

    Perlawanan yang diberi nama legenda Perak menentang legenda Selangor itu diadakan sempena konsep Sorakan 1Malaysia 1Dunia oleh RTM selaku penyiar rasmi perlawanan siaran langsung Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

    Menurut Exco Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, selain perlawanan tersebut pelbagai lagi acara menarik termasuk lima perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan Pilihan Menteri Besar Perak.

    (Read More... | 3472 bytes more | comments? | Score: 5)

    Nasril pilih ATM sasar peluang aksi ke skuad negara
    Saturday, November 28 @ 07:43:54 UTC by y4e (346 reads)
    Utusan Online Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
    hafiz.ahmad@utusan.com.my


    KUALA LUMPUR - Nasril Nourdin tidak kisah dengan status Liga Perdana milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) asalkan dia mendapat peluang yang lebih banyak untuk bermain selaku penjaga gol utama pasukan baru bola sepaknya itu.

    Bekas penjaga gol kedua Selangor musim 2009 ini juga mahu kembali menyarung jersi negara yang menjadi penyebab dia memilih untuk menyertai ATM bagi persaingan Liga M musim depan yang bermula pada 9 Januari.

    Ditemui pada majlis menandatangani kontrak dengan pasukan bimbingan Razali Alias ini di ibu kota, kelmarin, katanya: "Saya mahu lebih kerap bermain dalam kesebelasan utama. Di Selangor musim ini, saya cuma bermain tiga kali dalam Liga Super, sekali pada Piala FA dan dua perlawanan Piala Malaysia. Ia tidak cukup bagi saya.

    "Mungkin itu juga dah jadi rezeki Hamsani Ahmad (kerap dipilih sebagai penjaga gol utama Selangor) tetapi saya melihat, jika hanya selalu di bangku simpanan, sukar bagi jurulatih negara menilai prestasi seseorang untuk dipanggilnya ke kem latihan," katanya.
    .. baca selanjutnya ..

    (comments? | Score: 0)

    Arahan hormat lagu Negaraku
    Monday, June 29 @ 23:15:13 UTC by y4e (296 reads)
    Utusan OnlineKUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.

    Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.

    Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.

    (Read More... | 2247 bytes more | comments? | Score: 0)

    Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak
    Tuesday, May 12 @ 22:32:27 UTC by y4e (442 reads)
    Utusan OnlineKUALA LUMPUR 12 Mei — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

    “Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

    Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

    “Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,” kata beliau.

    “Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,” kata Abu Talib. - Bernama

    (Read More... | Score: 0)

    PAFA: Muhiyuddin tidak tanding sebarang jawatan
    Tuesday, November 04 @ 19:23:09 UTC by y4e (575 reads)
    Utusan OnlineIPOH - Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam Kongres Tahunan PAFA pada 15 November ini, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

    Muhiyuddin beranggapan bahawa tugasnya dalam PAFA sudah selesai.

    ''Biarlah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui PAFA dan sekali gus meningkatkan prestasi bola sepak negeri ini ke tahap yang lebih baik," katanya di sini, semalam.

    Beliau juga meminta semua pihak yang akan bertanding jawatan dalam PAFA supaya mengetepikan fahaman politik masing-masing demi pembangunan bola sepak Perak.

    (Read More... | 1737 bytes more | Score: 0)

    Perak terharu sikap pemain
    Saturday, June 21 @ 13:20:00 UTC by y4e (1386 reads)
    Utusan OnlineIPOH - Para pemain Liga Super Perak perlu menunggu sepuluh hari lagi sebelum menerima tunggakan gaji yang didakwa sudah tiga bulan tidak dibayar.

    Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah memberitahu, kemungkinan gaji para pemain akan dibayar pada awal bulan depan.

    Begitupun beliau tidak menyatakan jumlah gaji yang akan dibayar kepada pemain.

    (Read More... | 1673 bytes more | comments? | Score: 5)

    2 pemain Perak timba pengalaman di Sepanyol
    Tuesday, December 25 @ 18:01:51 UTC by y4e (1082 reads)
    Utusan OnlineOleh KAMARUDDIN ISMAIL

    IPOH – Dua pemain muda Perak akan dihantar menimba pengalaman dengan kelab bola sepak ternama di Sepanyol pada akhir tahun ini.

    Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah memberitahu bahawa syarikat induk pakaian sukan berjenama, Joma di Sepanyol bersetuju membawa dua pemain muda berkenaan menjalani latihan selama tiga bulan di Madrid.

    Muhiyuddin berkata, kedua-dua pemain muda itu akan dihantar ke Sepanyol setelah musim perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia tamat.

    (Read More... | 3106 bytes more | comments? | Score: 5)

    Kedah, Perlis buka tirai Liga M
    Tuesday, October 02 @ 05:22:51 UTC by y4e (888 reads)
    Utusan OnlinePETALING JAYA - Pertembungan juara Piala Malaysia, Kedah bertemu naib juara Piala FA, Perlis pada perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, 17 November ini akan membuka tirai kempen Liga Malaysia musim 2007/08 sambil menyaksikan beberapa perubahan baru.

    Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh berkata, pertemuan itu akan diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Star.

    Menurutnya, jadual liga super akan berjalan serentak dengan Piala Sumbangsih manakala Liga Perdana akan memulakan kempen 19 November ini.

    (Read More... | 969 bytes more | Score: 3.25)

    Yeop sedia mengamuk
    Saturday, September 08 @ 07:06:48 UTC by y4e (674 reads)
    Utusan OnlineMUKADIMAH
    MAMPUKAH Perak menyekat hasrat Kedah membawa pulang kejayaan hatrik dalam Liga Bola Sepak Malaysia musim ini ke Alor Star?

    Persaingan pasukan Seladang dan Kenari bertambah sengit dalam perebutan gelaran Liga Super sejak awal musim, Disember lalu.

    Kini, Perak dan Kedah bertembung lagi dalam perebutan Piala Malaysia - piala berprestij yang diperkenalkan pada tahun 1921.

    Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah meminta para pemainnya menghalang hasrat Kedah untuk membawa pulang piala tersebut.

    (Read More... | 4699 bytes more | comments? | Score: 0)

    Perak juara Piala Presiden
    Saturday, September 08 @ 06:58:14 UTC by y4e (745 reads)
    Utusan OnlineIPOH – Penantian Perak selama 15 tahun berakhir dengan kegembiraan apabila berjaya menjulang Piala Presiden dengan mengalahkan Kelantan 5-4 melalui sepakan penalti di sini, kelmarin.

    Perak dan Kelantan terpaksa menentukan juara menerusi sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 3-3 selepas beraksi selama 120 minit.

    Gol-gol Perak dijaringkan oleh Abdullah Mat Kassim pada minit ke-14 dan Sharizal Saad (40, dan 68).

    Namun begitu, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd. Rizal Fahmi minit ke-81 dan 93 serta Mohd. Aizuddin Othman ke-90.

    (Read More... | 1297 bytes more | comments? | Score: 0)

    Persiapan kita ibarat ‘melepas batuk di tangga’
    Wednesday, June 06 @ 12:31:32 UTC by y4e (589 reads)
    Utusan OnlineDINGIN mungkin istilah terbaik untuk pasukan bola sepak Malaysia yang bukan sahaja menyiapkan diri untuk bertanding bahkan menjadi tuan rumah bersama Piala Asia Julai ini.

    Rata-rata peminat sukan nombor satu ini tentunya bersimpati dan bersedih mengenangkan nasib yang menimpa pasukan itu sehingga ada suara-suara yang sengaja mempersendakan kebolehan para pemain.

    Kepada para pemain anggaplah senda itu satu cabaran untuk membuktikan bahawa kita masih mampu berlawan atau bersaing sekurang-kurangnya di rantau ini.

    Mungkin perit untuk menerima teguran-teguran nakal itu tetapi selagi kita bersedia untuk bangkit, selagi itu peluang masih terbuka untuk membuktikan sesuatu.

    (Read More... | 4142 bytes more | comments? | Score: 5)

    Ujian doping pemain Liga Malaysia bermula
    Saturday, June 02 @ 07:34:09 UTC by y4e (630 reads)
    Utusan OnlinePETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memulakan ujian doping ke atas pemain dalam Liga Malaysia bermula hari ini, kata Pengerusi Pertandingan Tempatan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

    Menurut beliau, langkah menyegerakan ujian doping itu adalah susulan isu tiga pemain bola sepak Sarawak yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

    ‘‘Isu pemain Sarawak adalah pertama kali berlaku dalam bola sepak Malaysia dan FAM memandang serius mengenai perkara tersebut.

    ‘‘Sehubungan itu, jawatankuasa pertandingan FAM membuat keputusan ujian doping ke atas pemain akan bermula esok (hari ini).

    (Read More... | 2989 bytes more | Score: 0)

    Penyokong hambat jurulatih
    Monday, May 07 @ 12:18:24 UTC by y4e (1083 reads)
    Utusan OnlineOleh SAYED HESHAM IDRIS

    KUCHING – Jika jurulatih Hatem Souissi menghambat penyokong sendiri, lain pula yang terjadi di Stadium Sarawak kelmarin, apabila jurulatih Perak, Steve Darby dihambat penyokong tuan rumah gara-gara salah faham selepas perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia.

    Ia tercetus sebaik tamat perlawanan apabila sekumpulan penyokong membuat kecoh dengan membaling ke arah pemain Perak yang menuju ke bilik persalinan dengan bangku tempat duduk stadium dan botol air. Difahamkan, berang dengan kelewatan anggota pasukan keselamatan mengawal kekecohan itu, Darby meminta pegawai Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) segera meminta bantuan anggota keselamatan bagi mengawal keadaan.

    Tindakan Darby itu menimbulkan salah faham di kalangan penyokong tuan rumah yang menyangka Darby memarahi pegawai FAS berkenaan.

    (Read More... | 4030 bytes more | 3 comments | Score: 5)

    Skuad Olimpik intai Ahmad Fikri - Dalam usaha mencerahkan peluang ke Beijing
    Sunday, April 01 @ 08:10:05 UTC by y4e (925 reads)
    Utusan OnlineOleh: JAILANI ABDULLAH

    KUALA LUMPUR – Kehebatan penyerang muda Perak, Ahmad Fikri Saarani mencipta hatrik dalam aksi Liga Super turut mencetuskan rasa kagum kepada pengendali skuad Olimpik, B. Sathianathan tetapi jurulatih itu mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu memanggil penyerang itu.

    “Berjaya menghasilkan hatrik bagi seseorang penyerang muda adalah sesuatu yang mengkagumkan. Saya mahu melihat lagi permainan dia... satu perlawanan belum mencukupi untuk menilai prestasi sebenar Ahmad Fikri.

    “Bagaimanapun, itu merupakan satu permulaan yang cukup baik dan saya melihat dia memiliki potensi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa,” kata Sthianathan ketika dihubungi, semalam.
    Note: Courtesy of Utusan Malaysia

    (Read More... | 3618 bytes more | 1 comment | Score: 0)

    Norizan kekal skuad AFF
    Friday, March 16 @ 04:05:23 UTC by y4e (844 reads)
    Utusan OnlineOleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

    KUALA LUMPUR – Jurulatih Norizan Bakar mengekalkan sebahagian besar pemain skuad kebangsaan yang mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak AFF, Januari lalu bagi siri perlawanan persahabatan di Sri Lanka sebagai persediaan menghadapi Piala Asia, Julai depan.

    Ketua pasukan, Khaironnisam Sahabuddin Hussain mengetuai senarai 14 pemain berkenaan di samping rakan bek tengahnya, Norhafiz Zamani Misbah, Shukor Adan, Fadzli Shaari, Syamsuri Mustafa, Fauzie Nan, Nizarudin Yusof, Azizon Kadir, Rezal Zambery Yahya dan V. Thirumurugan.

    Turut dipanggil semula daripada skuad AFF untuk melapor diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya mulai Isnin ini bagi dua perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka pada 24 dan 26 Mac itu ialah K. Nanthakumar, Hardi Jaafar, Eddy Helmi Manan dan Ronny Harun.

    (Read More... | 3406 bytes more | 2 comments | Score: 5)

      
    Top 5 Scorer [Perak]
    2013
     Paulo Rangel5
     Abdul Hadi Yahaya3
     Sivakumar1
     Mohd Failee1
     Karim Rouani1

    Customise

    Today player Birthdays
    No Birthdays today

    Standing
    2013 - M League
     SuperPlay Pts
    1. Lions XII16 34
    2. ATM16 30
    3. Johor FC16 28
    4. Selangor16 26
    5. Pahang16 25
    6. Kelantan16 23
    7. Perak16 22
    8. PKNS16 21
    9. Terengganu16 21
    10. Felda United16 12
    11. T-Team16 12
    12. N. Sembilan16 7
     PremierPlay Pts
    1. Sime Darby20
    2. Sarawak20
    3. Johor16
    4. Kedah15
    5. PDRM14
    6. POS10
    7. SPA FC8
    8. Perlis8
    9. K. Lumpur8
    10. Sabah7
    11. Betaria5
    12. UiTM4

    Customise

    Disclaimer:
    Laman web, forum dan pengurusan Yob4everDOTcom beroperasi secara bebas dan tidak terlibat atau terikat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan, kelab atau individu. Sebarang maklumbalas, komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yob4ever(ad)gmail(dot)com
    All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2000~2012 by yob4ever.com
    Best View: 1024 x 768 (Internet Explorer) [Tigepointtige Update 2007-01-07]
    PHP-Nuke Copyright © 2004 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
    Page Generation: 0.23 Seconds